Skip to main content

Mark, Sila Buang Anda Punya "On this Day"

Assalamualaikum. Hari ni dah dapat dah kad debit, pick up dekat serdang raya. Alhamdulillah. For those yang tak dapat lagi, sabor. Ni aku pon banyak kali bukak email but member aku cakap better cek terus dengan website bank rakyat. So yeah, dapat. Email je lembap -,-

Okey, siang tadi aku dua tiga kali jugaklah cakap kat member aku, "Happy single dayyy!" Sebab? Sebab hari ni sepatutnya dia dah masuk tiga bulan dengan kesayangan dia, tapi? But seminggu LEPAS raya, clash. Haha! Eh jahatnya aku. Aku lagi ah. 11/07/17, it should be one year between me and him. But ....... seminggu SEBELUM raya, dah babai -,- and sekarang kalau tolak hari ni, betul betuuuul tinggal lagi seminggu nak masuk 11 hb tu.

Aku okey je.
T_T
Korang tahu tak? Mestilah tak. haha. TAHUN LEPAS, MASA 4.7.16 aku bahagia gila dengan dia. Haha :) apa je yang aku post kat fesbuk, mesti dia sibuk. termasuk kawan dia. Time phone dia hilang and dia msg aku berkali-kali guna fb kawan dia, aku rasa macam terharu sangat. Entahlahh. Taknak la cite -,- nanti sedih :)

Bagi aku lah kan, tahun lepas bulan 7 ni bulan yang hepiiiii sangat kat aku. Tapi nak wat camne kan? Ni lah yang Allah takdirkan. Bersama waktu raya tahun lepas, berpisah sebelum raya tahun ni. Entahlah. Aku tak tahu kat mana puncanya. Maybe sebabb ... *cencored* 

Well, people changed. We can't ask people to stay with us if dorang taknak. Hati manusia ni mudah berbolak-balik. Aku ngaku lah aku punca hubungan tu jadi renggang. Aku admit. Aku tak salahkan dia pon, even aku berterima kasih sebab dia ajar aku baaanyak benda :)

Eh gilalah. Asal hati aku sebak tetiba ni? Time aku dengan dia dulu, aku selalu dengar lagu cinta kita. Lagu  tu pasal laki tu sayang perempuan tu and nak selalu buat pompuan tu happy :) pompuan tu sayang jugak dekat laki tu and nak selalu ade dekat dengan diaa :")) tapi dorang sedar, perjalanan hidup ni masih panjang but at the same time dorang taknak membazir waktu. Eh, dengar sendiri lah. tak reti nak explain, haha -,-

Raya tahun lepas, beberapa jam sebelum aku balik kampung, tu la kali pertama dia call aku. Aku tengah kemas dekat luar rumah, tetiba adik datang hulur fon sebab bunyi banyak kali, and he keeps calling me "Mok ooooo mok" HAHA. And dia bahan aku bila aku malu -,- lepas off, call lagi dua tiga kali. Tahun ni? Aku wish raya dekat dia "Assalamualaikum. Selamat hari raya. Orang minta maaf kalau ada salah dan silap" Terus takde reply :") 

Tahun lepas dia beraya kat memana, semua dia bagitahu. Masa dia beraya dengan kengkawan dia dekat Terengganu, dia cerita abang dia belikan jubah biru. and dia sukeee sangat. Teringat jugak masa aku cakap nak keluar beli baju raya, dia cakap dengan kawan dia nak tengok aku ingat dia ke takk, ade belikan baju raya ke takk, hahahaha :) masa dia nak balik sini, malam. lepastu kol 4 pagi macam tu, dia msg nak jumpe boleh tak? ade belikan ole-ole :"DD 

Teringat jugak masa dia beriya-iya nak datang raya rumah aku. Sanggup naik motor sesama dengan kawan dia cari mana rumah aku. Aku plak bagi alamat tak complete. Hahahahaha. pastu kawan dia cakap aku tinggal dalam kotak sebab susah bebeno nak jumpe. And kawan dia classmate aku sekarang ni :') dia selalu jeles, dengan tu boleh plak jumpe dengan dia taknak. hehe :)

eh banyak gila la kenangan dengan dia. haih. Ni baru on fb, nampak dia share something. Bukak ni. Aku tengah sedih kau boleh pulak share pasal malam pertama?!!!! KAU NAK MALAM PERTAMA DENGAN SAPA HAAAA BINAWEEEEE. Siap caption, Hahahahahahaha yang ni win. APAHAL kemain banyak haha kau? Ok bai.

One day aku dah sedia ..
Aku cerita siapa dia ..
:)

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Raya 2017. Hashtag Team Gray!

Assalamualaikum. Salam raya keempat untuk anda semua. Cewah, haha!  Macam mana nak mula cerita raya ni? Gambar pun takde lagi hahahaha. Okey gambar kita letak nanti ya. Nak membebel dulu. Okay, Bismillahhh. Macam biasa tahun ni dan tahun depan pun kita tetap akan beraya dekat Johor. Aku takde kampung lain. Hehee. Sehari sebelum raya, Sabtu tu baru kiteorang balik kampung sebab abang kerja. Perrrrhhh penat bhaiii kemas rumah. Sekali kemas berlonggok longgok plastik sampah sampai susah nak parking kereta. Nampak sangat rumah ni spisis macam mana umatnya -.- Tahun ni jugak adik beradik mama semua ada. Meriahhh! Kiteorang adik beradik dah empat orang. Anak pak ngah empat. Anak pakcik empat. Anak pak de lima. Anak paksu empat, ade lagiii dalam perut. Total semua sedara mara 22. Campur ong tuee, 11 orang. So at the same time 33 orang. Hohoho xD Okay perenggan ni dah ambik masa yang agak lama sebab kena kira kira T_T Lepastu kau bayangkan jelahhhh macam mana punya banyaknya l...

Umur dah 19 Sibuk nak Buat Belog Hahahaha

Assalamualaikum. Haiii semua. Okay sebenarnya since aku Form 3 lagi aku dah buat belog. Tapi biasalahhh belog kanak kanak kann, cerita pun macam kartun la. Naik Form 4, aktif gila update. Tapi masuk Form 5, dah slow down dah. Entahlah, dah macam takde benda nak cerita. Tapiii dah kenapa kau buat belog? Supaya bila ada cerita, dah tahu nak update dekat mana. Aku tak ramai kawan. So cerita kat belog paling sesuai :)  Tahun ni tahun terakhir main umur belas belas ni. Tak lama lagi nak raya. Aku harap zaman sekarang ni konsep makin tua makin banyak duit raya diterapkan. Sape sokong aku angkat tangannnn. Haha! Next year dah main puluh puluh. Sekarang ni pun aku dah final sem. Tapi, masyaAllah sem kali ni memang complicated la. Mana nak buat assignment, mana nak study carry paper, mana nak fokus subjek this semester sebab sem last ni tak boleh repeat. Pecah gak la pale hotak.  Tapi takpelah. Semua orang ade perjuangan masing masing. Mama berjuang sebab nak besarkan anak...

Gambar yang Dituntut. Raya Pertamaaaa.

Assalamualaikum. Dah habis cuti sekolah baru nak upload pic. Haha. :P Ni Pic sebelum orang lelaki balik dari solat raya hihi. Bedak tengah cun lagi ni, tu yang konpidennnn je senyum depan kamera. Kahkahkah xD Menjelang ke petang, ha g depan g depan aku dok belakang :P   Ni dah kenapa monyok je ni? Akak-akak sebok tangkap je hahahahahahaha.   Muka tu astagaaa. Hahaha! Lantak la. Ni warning au! Gambat lawa ke hodoh ke aku letak je dalam ni. Kenangan kan -,-   Aku rasa gambar ni macam tengah tunggu orang datang meminang. Hahaha! Padahal seminggu sebelum raya dah ade tragiss yang menyayat hati. Nak minang apa ke bendanya -,-   Yeay! Orang laki dah balikkkk :D  Pakwe baru gwa, nsem enn hahahaha.  Ni lepas kena sound suruh bukak spek ni sebab kalau pakai spek dia kelihatan gemuk -,- hahahaha maaf hadeeek ku :P   Kau dah kenapa woiii? XDD   Aku tak tahu kenapa semua gambar ni buat aku n...